#FACEBOOK: BERLAPANG DADA
Sering saja kita mempunyai perbezaan pendapat. Namun, jika dengan perbezaan itu menjadikan kita bertelagah -- apalah guna akal fikiran yang diberikan Allah? Pandangan manusia seringkali berubah. Pendapat kita mengenai sesuatu perkara, tidaklah selalunya benar. Adakala, ianya didorong oleh emosi. Menjadikan kata-kata kita hanyalah penyedap rasa. Pandangan kita terhadap sesuatu isu, mungkin tidak sama sepertimana pandangan kita lima tahun lepas. Kerana apa? Kerana; peningkatan dalam ilmu. Bilamana kita berbicara mengenai sesuatu isu, dan pandangan seseorang itu tidak selari dengan perkara yang dibincangkan -- mungkin saja dia kekurangan ilmu atau maklumat. Atau saja, dia mempunyai lebih ilmu daripada kita. Walaubagaimanapun, kita harus sedia maklum bahawa kita tidak mempunyai hak untuk mengubah pandangan setiap manusia -- kerana tiap pendapat itu ada justifikasi mereka sendiri. Berlapang dada dalam perbezaan pandangan adalah perkara yang sukar dilakukan, walaupun dikalangan bijak pandai.