KENAPA AKU TULIS BLOG?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.

Hai!

Aku rasa agak pelik bila menulis di sini, HAHA. Okay, sebenarnya aku taklah rajin mana untuk menulis.

TAPI.... yang mendorong aku untuk tekad buat blog ni -- bila aku cari sesuatu maklumat, tapi susah betul nak jumpa. Kadang aku jumpa blog yang dah bertahun. Ada yang maklumatnya masih relevan, ada yang tidak.

Selalunya, aku banyak menulis dan membebel dalam WhatsApp story. Cumanya, WhatsApp story bersifat sementara. Ada juga beberapa orang kawan aku terpaksa menangkap layar (screenshot) maklumat yang aku tulis di platfom tersebut. Iyalah, selepas 24 jam tulisan tu akan 'hilang'.

Beberapa tahun lepas, aku agak aktif menulis di Facebook. Tapi sekarang, aku banyak berkongsi maklumat sahaja. Faktor usia, mungkin (?).

Oh ya, aku kenalkan diri dahulu.

Sekarang aku bekerja di sebuah syarikat milik bumiputera yang terletak di Batu Caves. Alhamdulillah, selepas praktikal, aku dapat kerja tetap di situ.

Namun, dalam masa yang sama -- niat di hati masih ingin melanjutkan pelajaran. Soalan ni juga sering diajukan oleh kawan-kawan aku, "Bila kau nak habis belajar?"

HAHAHAHAH. Tapi kawan-kawan aku semua baik, mereka semua doakan aku. Terima kasih korang!

Aku sebenarnya memang suka belajar, sebab bila aku tak belajar, aku rasa otak aku tepu dan lembab. Kalau aku belajar, sekurangnya otak aku ni dapatlah melakukan senaman. LOL.

Sambil aku menaip ni, aku tengah dengar Facebook Live Syed Azmi (https://www.facebook.com/syed.azmi.148). Tapi, kalau korang tak kuat hati, jangan dengar. Risau nanti korang bertambah geram 😐. 

Okay lah, nanti aku tulis lagi ya. Banyak ni nak sembang, eh! HAHAHAHA. Ingat ahli mesyuarat tingkap? 😂

Kbye!

Comments

  1. X sabar to read more! 😍

    ReplyDelete
  2. Hai selamat berkenalan athirah. Nama saya wardah, tak sabar nak tunggu tulisan awk yg lain. Eheks 😆

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

#TIPS TEMU DUGA JAWATAN KERAJAAN - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

#ACCA: FIRST DAY OF CLASS!