#TIPS TEMU DUGA JAWATAN KERAJAAN - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

Hai!

Dah lama rancang nak menulis pengalaman ni. Tapi itulah, temu duga pun belum lepas masa tu. Jadi, aku kurangkan beria. HAHA.

Baiklah, aku ceritakan serba sedikit tentang latar belakang aku.

2011 - Tamat SPM
2012 hingga 2014 - Diploma (Pentadbiran Awam)
2014 hingga 2016 - Bekerja di firma perakaunan
2016 hingga 2020 - Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan)
2020 hingga Kini - Bekerja di firma setiausaha syarikat

Aku habis praktikal pada bulan Ogos 2020. Pada Disember 2020, universiti aku dah poskan sijil dan transkrip. Penting ke sijil dan transkrip ni? Iya, amat penting. Kemungkinan untuk permohonan kau ditolak semasa semakan dokumen atau sebelum ditemu duga itu adalah TINGGI. Memandangkan aku habis belajar pada tahun pandemik Covid-19, lol. Jadinya tiada majlis graduasi, dan aku memang dah dapat kelulusan senat pada tahun 2020 (tarikh pada sijil).

SPP iklankan jawatan kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) pada Mac 2021, kebetulan pula aku dah kemaskini portal pada Januari 2021 (Tapi, SPP kemaskini permohonan aku dalam tempoh 4 minggu. Nasihat aku, kemaskini sejurus kau tamat belajar/dapat sijiil & transkrip). Tempoh sah laku jawatan yang dipilih adalah satu (1) tahun. Berbeza dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bagi SPP kita hanya boleh memilih tiga (3) jawatan sahaja.

Jawatan dalam SPP terbahagi kepada tiga (3):

i) Guru (DG29 / DG41) - berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah KPM
ii) Pensyarah (DH29 / DH41) - berkhidmat di Politeknik/Kolej Komuniti di bawah KPT
iii) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) - berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM

Maklumat lanjut boleh klik pautan ini: https://www.spp.gov.my/ms/orang-awam/soalan-lazim

Fuh, panjang mukadimah. HAHA. Aku menaip pengenalan panjang ni supaya yang membacanya ni faham. Nanti tak adalah, eh apa tu DH41? Haa, sis cubit kamu nanti!

Aku senaraikan pula kronologi dan proses permohonan jawatan PPPT DH41.

23 Mac 2021
Tarikh tutup permohonan jawatan PPPT DH29 & DH41

27 April 2021
Hebahan urusan temu duga & perlu mengemukakan dokumen yang diminta (SPP beri masa seminggu). Ini tapisan pertama ya. Kalau semua maklumat dalam portal tu lengkap dan nama kursus pada sijil kita sama seperti dalam iklan jawatan, in shaa Allah -- akan dapat panggilan temu duga.

07 Mei 2021
Aku terima mesej dari SPP untuk kemukakan dokumen. Tarikh akhir untuk kemukakan dokumen adalah pada 5 Mei. Tapi rezeki aku, ianya dilanjutkan sehingga 11 Mei. Iya, kelam kabut lah aku uruskan semua dokumen, sebab baru dapat mesej. Lepastu, aku pula tak rajin semak Facebook SPP, sebab ini pertama kali aku mohon SPP 😕. Jadinya, pastikan semua dokumen lengkap, ikut arahan yang diberikan. Lepastu, pandai-pandailah korang cari orang yang ada pengalaman untuk bertanya tentang cara penyediaan dokumen ni. Aku pun banyak tanya orang, iyalah kita risau juga salah hantar dokumen kan. Selagi ada peluang, buat sehabis baik! 
(***Nota penting: sentiasa semak media sosial SPP, kerana proses panggilan temu duga ini tidak sama bagi setiap orang. Ada yang dapat hebahan melalui mesej, emel atau panggilan telefon. Jadi, sila AMBIL PERHATIAN.)

30 Jun 2021
Hebahan panggilan temu duga (selepas tapisan dokumen), di sini kita akan tahu sama ada kita layak atau tidak layak menghadiri temu duga. Ini adalah tapisan kedua. Sila baca panduan yang disediakan.

05 Julai 2021
Saat yang dinanti, tarikh ditemu duga. HAHA. Seram ya. Korang tengok jurang masa di antara tarikh ditemu duga dengan hebahan panggilan temu duga, hanya empat (4) hari. Lagi pula, aku ditemu duga secara dalam talian. Jadinya, bilakah masa yang sesuai kita beli peralatan untuk temu duga secara dalam talian? Aku beli peralatan yang diperlukan selepas aku hantar dokumen ke SPP, iaitu selepas 11 Mei. Tapi, aku rasa aku cuma bernasib baik. Sebab waktu tu PKP, jadinya banyak temu duga ditangguhkan. Untuk yang membaca, boleh beli lagi awal, sebab peralatan yang aku akan senaraikan ni tidak rugi jika dibeli.


Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk sesi temu duga dalam talian:

1. Webcam
Aku terpaksa beli webcam sebab laptop aku kameranya tak cantik. Bajet aku dalam RM100. Jadi, aku berjaya dapatkan webcam jenama Rapoo dengan harga RM120. Antara jenama lain yang berpatutan adalah Feltech dan Logitech. Boleh tengok review dekat YouTube sebelum membeli. Boleh ke jadikan smartphone sebagai webcam? Iya, boleh. Tapi aku dah cuba, kualiti video tak cantik.

2. True Wireless Stereo Earbuds
Bagi korang yang dah ada headphone atau wired earphones, tak perlulah beli. Hee. Boleh je guna. Cuma, aku tak galakkan korang dengar/cakap direct dari laptop. Sebab nanti bunyi bising dan tidak jelas. TWS ni bagus sebab nampak kemas, in shaa Allah dengar jelas walaupun tersorok dalam tudung. Hiks. Aku beli pada harga RM89, masa tu tengah ada sale. Korang boleh juga beli jenama lain, nanti tanya-tanya kawan ya. Beli ikut kemampuan. 

3. LED Ring Light
Pencahayaan dekat rumah ni kadangkala tak cantik kan? Haha. Jadinya, kita perlukan lampu LED. Supaya penemu duga nampak muka kita. Aku beli lampu LED pada harga RM22.90. Ada yang lagi murah, tapi aku lebih pentingkan kualiti, aku sanggup bayar lebih supaya barang aku tak rosak. Oh ya, lampu LED ni ada tiga jenis warna, boleh adjust brightness sekali.

4. Nametag
Sebenarnya tak wajib pun, saja lah gatal membeli. HAHA. Aku ni kalau dah alang-alang buat, biarlah bersungguh, kan? Aku beli nametag online juga! Kihkihkih. Satu nametag harganya RM5.60, jadi aku belilah dua (2).

Sikit sahaja peralatan yang diperlukan. Ada yang tanya, boleh ke guna smartphone kalau tak ada laptop? Iya, boleh. Cuma, pastikan smartphone tu kita set 🔕 Do Not Disturb.


Persediaan SEBELUM/SEMASA/SELEPAS hari temu duga:

SEBELUM

1. Pastikan kita dah sign up akaun dalam meeting platform (Zoom, Webex, Gmeet, Teams). Gunakan gambar formal sebagai default picture, dan juga nama penuh.

2. Check sistem 2-3 hari sebelum tarikh temu duga. Sediakan backup plan seperti laptop (jika ada). Pastikan suara jelas, dan kena fikir lokasi yang kita nak duduk semasa temu duga nanti (bilik sendiri ke? wifi kuat tak dekat situ? dll.)

3. Dah fikir baju apa nak pakai, style tudung macam mana kita nak gayakan? Pastikan pakaian kita kemas dan mengikut etika yang ditetapkan.

4. Guna data atau wifi? Haa, sediakan juga backup. Manalah tahu, ketika temu duga sedang dijalankan, tetiba rumah blackout. Naudzubillahi min zalik. 

SEMASA

1. Jika sesi kita bermula lewat, pastikan kita dah bersiap dari awal pagi. Walaupun aku sepatutnya ditemu duga pada pukul 11:45 pagi, iaitu sesi akhir. Aku pastikan pada pukul 07:30 pagi aku dah siap makeup sekali ya! HAHA. Bersiap awal tak kalut, hiks.

2. Sarapan! Ini paling penting, nanti kalau lapar, otak kita blur.

3. Boleh juga study sikit-sikit, buat pembacaan mana yang perlu.

4. Kena yakin! Walaupun kau tak tahu, HAHA. Cuba untuk kaitkan dengan apa yang kau baca dan faham.

SELEPAS

1. Tawakal dan berdoa supaya diberikan keputusan yang terbaik.

2. Follow media sosial SPP. Sebab SPP ni tak ada nak emel kau macam SPA, nanti karang ketinggalan pula. HAHA.


Panjang sungguh ya aku menulis, hm. Aku tak dapat kongsi perjalanan temu duga dengan SPA sebab tak pernah dapat, HAHA. Setakat lepas PSEE je, sebab SPA banyak tapisan. Kalau SPP ni memang tak ada ujian dalam talian atau ujian fizikal, cuma tunggu panggilan temu duga sahaja.

Kalau korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah ya! Oh ya, ini adalah temu duga dalam norma baharu, kalau temu duga style lama dah ada blogger lain yang tuliskan.

Terima kasih sudi baca :)

Comments

Popular posts from this blog

#ACCA: FIRST DAY OF CLASS!

KENAPA AKU TULIS BLOG?